Berita baik! Harga Minyak RON 95 naik bulan depan

Berita baik! Harga Minyak RON 95 naik bulan depan

BERITA yang dipetik daripada sumber Bernama [Bernama], jelas sekali RON 95 akan dinaikkan mulai bulan hadapan. Kalau sebelum ini kerajaan meminta rakyat Malaysia berjaga-jaga atau bersedia dengan kenaikkan harga minyak RON 95, rujuk sini [Minyak naik]. Kali ini masa itu telah tiba.

Bunga-bunga kenaikkan harga RON95 sudah jelas kelihatan. Walaupun kerajaan berselindung di bawah tajuk "Harga petrol RON 95 disemak bulan hadapan", apa yang jelas , tiada berita baik untuk rakyat. Kerajaan hanya berniat untuk menyemak sama ada untuk "kekal pada harga sekarang atau naikkan harga minyak". Jawapannya tentulah naikkan harga fullstop.


Kini rakyat boleh lihat sendiri bagaimana susahnya kerajaan hari ini, jelas sekali kelihatan dalam bahasa mudahnya, "kerajaan sudah tak ada wang". Kerajaan dah habis duit akibat pelbagai projek, dan juga pembaziran tetapi tiada pulangan yang diharapkan.

Lihat sahajalah betapa liatnya kerajaan untuk memberikan subsidi kepada rakyat? Inikah yang dikatakan "rakyat didahulukan"? Anda ditipu di depan mata, di depan batang hidung.

Setiap hari berita baik keluar di media-media arus perdana, ekonomi Malaysia naik! Pelabur semakin percaya kepada Malaysia! Hasil pendapatan negara semakin meningkat! Negara semakin kaya! Tapi apa yang terbukti, negara sudah tak ada wang. Nampak benor menipunya, kegagalan demi kegagalan kerajaan sudah semakin jelas, sebelum ini Najib sendiri mengakuiRM 50 billion saham bumiputera hanya tinggal baki RM 2 billion.

Konon negara makin kaya, makin maju, makin membangun, pendapatan makin meningkat, tapi wang negara semakin menyusut, duit bumiputera tinggal 2 billion. Nak bagi subsidi kepada rakyat pun semakin liat. Tapi dalam masa yang sama melaungkan slogan "rakyat didahulukan!" Ini namanya kerajaan penipu!

10 Janji Pakatan Rakyat Buku JIngga

Hata tekad 'rampas' Utusan dari kongkongan Umno

GOMBAK, 14 Mei: Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.
Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.
Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.
"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.
"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.
"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.
Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.
Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.
Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.
Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.
"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.
Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.
"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.
Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.
"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.
Hata yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".
Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.
Sokong Pakatan Rakyat
Sementara itu, menyeru orang ramai agar terus menyokong Pakatan Rakyat dan tidak terus membiarkan Umno BN terus bermaharaja lela di negara ini.
"Bagi saya tuan-tuan perlu terus menyokong Pakatan Rakyat.Saya memang tak terlibat dengan parti politik tapi kalau kita benar-benar ingin memastikan media bebas, inilah yang perlu kita lakukan," katanya.
Hata sebelum ini pernah menganjurkan program "makan nasi lemak beralaskan Utusan dan menerima reaksi yang pelbagai.
"Utusan hari ini digelar Utusan porno, menjijikkan, dan sebagainya. Sampaikan saya buat perogra makan nasi lemak beralaskan Utusan, ada yang marah.
"Saya tanya kenapa marah, salah ke apa yang saya buat. Dia kata, makan nasi lemak beralas Utusan menjijikkan nasi lemak aku," ceritanya dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.
Hata dalam satu temubual dengan satu portal berita mendedahkan bahawa Perdana Menteri,Seri Najib Razak terlibat secara langsung dalam mesyuarat bagi menentukan agenda mingguan Utusan.
Ini katanya termasuklah serangan terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Turut menyampaikan ceramah malam tadi peguam PAS, Hanipa Maidin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar

KETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.
Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.
Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.
Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.
“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.
Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.
Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.
Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.
Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas.
Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

Sudahlah tu, dalam Umno pun ada Kristian!



MASIH ingat lagi John Ghani? Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.
John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.
Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera.
Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.
Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).
Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.
Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.
Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.
Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.
Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.
Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.
Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?
Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.
Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.
Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini.
Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam.
Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian.
--------------
Sabah Umno out to woo non-Muslim bumiputras
By RUBEN SARIO

KOTA KINABALU: Sabah Umno is setting up a special taskforce to attract more non-Muslim bumiputras from the state’s ethnic communities such as the Kadazandusuns and Muruts.
Penampang Umno chief Datuk John Ambrose, the party’s first non-Muslim division chairman, said the move was aimed at strengthening Umno in the state.
Opening the Penampang Umno meeting at Kampung Limbanak here on Monday, he said both party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak had given the green light for setting up the taskforce.
“Sabah Umno is open to all races as the party fights for the rights of all bumiputras in the state. If Umno in Sabah is just serving one community, what would happen to the others?” he said.
John said Najib was scheduled to launch the taskforce in the remote interior district of Pensiangan soon.
He said Pensiangan was among eight of Sabah Umno’s 25 divisions where there were large numbers of non-Muslim bumiputras. The others were Penampang, Tenom, Papar, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu and Kudat.
John said the primary objective of the taskforce would be to create awareness among non-Muslim bumiputras that Umno was open to them and that the party’s struggles was not merely for any particular community. - The Star Online, 28 Oktober 2008

Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Laporan Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri memberikan arahan khas kepada, Utusan Malaysia, menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut dan terancam.

Biarpun sebelum ini Perdana Menteri itu dan pemimpin Umno BN lain mendakwa rancangan yang dimuatkan dalam Buku Jingga itu bersifat populis, namun arahan kepada akhbar Umno untuk menghentamnya mendedahkan sebaliknya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas kenapa Najib dan pemimpin Umno BN begitu takut dengan rancangan 100 Pakatan itu, beliau berkata ia kerana buku jingga itu adalah penyelesaian praktikal untuk krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi negara.

"Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi yang berpanjangan. Ianya menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai adalah penyelesaian alternatif.

"Betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malaysiakini semalam mendedahkan Utusan Malaysia diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Laporan itu yang memetik satu sumber itu mendakwa, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak, antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik, bagi menyokong kenyataan Najib itu.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata perbezaan ketara dasar Pakatan dengan BN yang ditonjolkan dalam Buku Jingga itu ialah “Political Economy” atau “keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi”.

Tegasnya ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau dengan kata lain mudahnya “Perubahan Ekonomi atau ‘Economic Changes’ hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali melakukan sesebuah kerajaan melakukan ‘Reformasi Politik’.

Katanya, selagi BN memerintah dengan dasarnya, penambahbaikan ekonomi negara tidak akan terlaksana dan rakyat akan terus tersepit dengan pelbagai masalah ekonomi.

"Ini pendekatan kami dan amat ketara kalau kita buka di muka surat 21, dalam 10 program 100 Hari Program Buku Jingga. Program 1 (reformasi institusi kritikal SPRM, SPRM, MCMC dll) dan 2 (bersabit dgn pemansuhan undang draconian ISA, OSA) dari 10 program 100 hari," katanya memberi contoh tawaran yang langsung tiada kaitan dengan ekonomi.

Beliau juga berkata pendekatan itu tidak sama dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Entry Point Projects (EPP) Najib yang disifatkan sebagai 'Pump-Priming' yang sehingga kini menelan pelaburan RM106 bilion, sedangkan rakyat tidak langsung menerima faedahnya.

Selain tidak merasai kesannya kepada rakyat, pendekatan itu juga gagal meningkatkan pendapatan per kapita negara dan juga tidak menyelesaikan isu jurang pendapatan kaya dan miskin.

"Seluruh program 100 Hari kami itu kalau dilaksanakan tak sampai pun menelan RM19 bilion," katanya.

Beliau turut mempersoal Model Ekonomi Baru (NEM) yang sehingga kini tidak boleh dilaksanakan ekoran wujud penentangan dari kalangan Umno sendiri, termasuk Perkasa dan kelompok Ultra-Melayu Umno.

"Tetapi kami dalam Pakatan Rakyat tidak ada kekangan seperti itu, sebab dasar-dasar kami kami diputuskan bersama dalam muafakat politik Pakatan," jelasnya.

Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah



SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.
AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.
"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.
Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.
Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.
Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.
Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.
"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.
Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.
Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.
Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.
Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.
Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.
Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.
"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.
Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.
Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab TafsirAl-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.